Sunday, December 18, 2011

10 Petua Memudahkan Bersalin

Assalamualaikum semua...naik bersawang dah blog saya ni! Alhamdulillah berita terkini saya telah selamat melahirkan ahli baru dlm keluarga kami (baby girl) pada 5 Oktober 2011 (Lebih kurang 73 hari yg lalu). Di kesempatan ini saya nak share 10 Petua Memudahkan Bersalin. Marilah kita berkongsi untuk kebaikkan bersama ye!

1) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan..(kalau tak dpt setiap hari, amalkan setiap mlm jumaat pun boleh)

2) Hampir bersalin amalkan Zikrullah Tasbih Nabi Yunus;




3) Amalkan minum air lebihan suami (share tu selalu lah, lebihan tu saya jarang dpt buat, sebab hubby selalu minum sampai licin! tak baik membazir..hehe..)

4) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi (petua ini SGT MUDAH...amalkan ok!).

5) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat. (yummy yummm...rasanya yg sgt sedaaap & memberi kita tenaga untuk sepanjang hari).

6) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi (my favourite! Dapat mengurangkan kotaran yg melekat di kepala bayi)

7) Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.Untuk kurangkan rasa loya boleh campur dgn madu.

8) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi (tidak dapat dipastikan kesahihannya...saya cuma berkongsi & menambah info yg saya peroleh).

9) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

10) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain itu, amalkan minum air soya (amalan ini; epal, susu & soya - kulit bayi akan cerah & gebu..trust me!)

Itu sahaja yang dapat dikongsi untuk kali ini...Take care ya!

Puteri kesayangan kami sekeluarga, Qaireen Hana

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung/112863158776550