Saturday, February 12, 2011

100 Bloggers Diperlukan

Salam rakan bloggers.....Izza dapat widget ni dari rakan blogger kita Saudara Yiedpozi...benda ni pun Geng Cik Kiah saya, Mama Syadiyah  recomment & paksa saya buat...hahaha..acah je. Tak paksa pun, ni pun Izza join ikhlas sebab nak memudahkan kerja blogwalking, nak klik2 banner kawan2 biar semua jadi jutawan IT..best kan...yeehaaa..

So korang kalau berminat nak tersenarai dalam 100 orang bloggers ni meh cepat2 selagi seat masih available untuk korang. Kalau lambat terpaksa la guna sistem yang ada, terkial2 cari nama, t'klik berulang-ulang & segala kepayahan yang terpaksa ditanggung. Dalam widget ni ada senarai bloggers dan bila korang klik je terus dengan magiknya semua blog dalam list tu akan keluar serentak. Wahhh jimat tenaga jari dah kat situ. Izza ada letak Widget color hitam merah ni kat sebelah kiri blog ni. Kalau tak jumpe cuba adjust 'power' cermin mata tu ye..hehe ;) tapi untuk menjimatkan power mata you all Izza bubuh je la kat bawah ni ha..
JOM JOIN!

Pastu kalau korang nak tolong bloggers dalam list tu.. klik la kat iklan Heartbeat diorang tu dan apa2 sahaja sumber pendapatan yang diorang letak kat blog tu. Hehehehe. Gitu la lebey kurang fungsinya Widget ni. So.. kalau korang nak join atau nak blog korang termasuk dalam widget ni boleh baca caranya di Cara Nak Join.

Pastu korang kena masukkan widget tu dalam blog korang. Widget tu boleh didapatkan di blogwalking widget code. Kemudian letakkan link ke topic "100 Bloggers Diperlukan" dalam blog korang tu sebagai comment kat link Cara Nak Join. tu jugak.

P/s: Sila pastikan blog anda tidak mempunyai widget lagu dan widget Widgeo! (Yang ni kalau nak query bleh ke kaunter pertanyaan encik tuan tanah Widget ni ok! Izza follower je :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, February 11, 2011

Nikmat Wanita Solehah

 Dikesempatan ini Izza nak share kenikmatan seorang wanita solehah yang bergelar ibu mahupun sebagai seorang isteri...Hati tergerak nak share dari entry Saudara Mohd Amirul tahun lepas. Pastu baru je layan entry 'Ciri-ciri Wanita Solehah' @ Qaseh Nilamsari buat Izza bersemangat untuk berkongsi di sini juga...Hayatilah kelebihan seorang wanita solehah.
  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang beri minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab   rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000  maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa     keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa, menutup aurat dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami  bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya selesaikan satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
 Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Wallahualam....

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Banyak yang Izza perlu perbaiki diri ini dan sentiasa cuba untuk dekatkan diri kepadaNYA..sungguh! Bukan nak jadi perasan baik dengan share entry yang berbentuk keagamaan macam ni tapi cuba untuk sebar-sebarkan kelebihannya agar kita semua berebut-rebut untuk mengecapinya. Jom sama-sama kita cuba untuk menjadi wanita yang terbaik ye!♥♥♥

Monday, February 7, 2011

Petua Hilangkan Mabuk Hamil

 

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama iaitu sehingga sekitar minggu ke 16 dan ada juga kes mabuk hamil/morning sickness ini berterusan sehingga saat melahirkan. Semoga ibu hamil sekalian tabah dengan dugaan ini ya...Semoga petua-petua di bawah dapat membantu anda mengatasi mabuk hamil ini.

 

Petua 1:

Bagi wanita hamil yang sedang mengalami alahan teruk, Dapatkan sebatang serai, dua inci kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan di dalam gelas berisi air panas. Tutup rapat. Minum apabila air tersebut sejuk sepenuhnya. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah, muntah dan loya akan beransur hilang. (sumber: Pa & Ma)

 

Petua 2:

Untuk mengatasi mabuk hamil, anda minumlah air suam, jangan sesekali minum air yg berlemak seperti susu dan kacang soya, makan asam dgn kuantiti yg sedikit2 dan biskut keras satu jam sekali insyaAllah boleh mengatasi masalah ini. (sumber: buku 'Rahsia, Petua dan Rawatan Semasa Hamil dan Dalam Pantang')


Petua 3:

Petua ke 3 ini seakan sama dengan petua pertama, cuma ia ditambah beberapa bahan lain & lebih rasa manis & mesra tekak :). Rendam seinci halia, sebatang serai, 2 kuntum bunga cengkih, kulit kayu manis dan seketul gula batu di dalam segelas air mendidih. Tutup dan biarkan semalaman. Amalkan minum pada waktu pagi dan malam, insyaAllah rasa loya/mual dapat dikurangkan. (Sumber: Blog Petua Lama) 

 

Petua 4:

Buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan sakit kepala atau migrain. Kepada mereka yang berada di kawasan Utara mungkin agak mudah untuk memperolehi Buah Pala ini. Bagi mereka yang berada di kawasan Selatan/Johor agak sukar sedikit. 

 

Petua 5: 

Amalkan minum sesudu teh madu di sebelah pagi, dan sesudu di waktu malam (optional). Ambil semasa perut kosong. pastikan anda tidak mengambil apa-apa minuman atau makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk (sumber: Blog Laman Seri).

Selamat Mencuba & take care!

 


 

Saturday, February 5, 2011

Petua Memudahkan Ibu Bersalin

Setiap ibu yang hamil tentu berharap mereka akan dapat melahirkan bayi mereka dengan mudah dan selamat, apabila tiba waktu untuk bersalin..itu sudah semestinya kan! :) Di sini saya ingin berkongsi petua yg diperolehi dari orang tua-tua dan yang terbaru dari pembacaan saya dalam buku bertajuk Rahsia, Petua & Rawatan Semasa Hamil & Dalam Pantang ~Puan Amina Haji Noor. Untuk mengatasi masalah ini, sebagai ibu anda janganlah berasa bimbang kerana petua tradisional ini (disamping doa yang kita amalkan seharian) mungkin boleh membantu anda untuk melahirkan bayi dengan mudah dan selamat.

Apabila kandungan mencapai usia enam bulan ke atas, anda usahakanlah minum minyak kelapa. Menurut bidan kampung, dengan meminum minyak kelapa asli boleh memudahkan ibu bersalin. Selain dari itu minum air kelapa juga memudahkan ibu bersalin (amalkan setelah usia kandungan mencecah 8 bulan ke atas).

Cara Menyediakan Minyak Kelapa :

Sediakan kelapa tua beberapa biji, parut dan ambil santannya, setelah itu masaklah sehingga mengeluarkan minyak. Simpan minyak itu di dalam botol setelah disejukkan. Minyak ini perlu diminum apabila usia kandungan mencecah enam bulan. Usahakan minum minyak kelapa ini satu sudu teh tiga kali seminggu, sehingga kandungan anda sembilan bulan. InsyaAllah anda akan mudah melahirkan anak disamping amalan doa.

Semoga anda selamat melahirkan bayi yang sihat & si ibu juga dalam keadaan sihat hendakNya..Amin..


Friday, January 28, 2011

Our little PRECIOUS ENSEM BOY :)


Bismilahirrahmanirrahim...
Lepas ni kita layan bahasa rojak je la ye...lebih santai..:) Kalau ada issue2 serius or formal baru kita cuba adjust ye....hehe
Ok....kali ni nak kongsi beberapa keping koleksi wajah2 satu2nya (setakat tarikh hari ni la ;) hero kecik permata hati mama & ayah...


Day 1 - Masa baru lahir nampak more to Chinesse look..ikut side ayah dia :)
Pastu mula menunjukkan kombinasi genetik mama pulak...buktinya cuba tgk tang mata 
dia....hehe
Yang ni plak fashion dh nampak brutal dah...tapi mata buat ala2
stim mat jiwang plak!

Daya tarikan...pada bulu matanya yg panjang~

Inilah wajah terkini saya (genap 4thn on 2/1/2011)! Aiqal si anak yg aktif ber'Youtube'!


Ok.....jumpa lagi di coretan akan datang..thanks for visiting us ya!.hugs & kisses from aiqal :-*






 








Thursday, November 11, 2010

Keluarga Bahagia Impian Semua :Tips 8 P Ustazah Siti Nur Bahiyah

Di kesempatan ini saya nak kongsi bersama tips 8P Ustazah Siti Nur Bahiyah untuk manfaat kita semua. Sharing  is Caring! :)

1) Pujian. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! :)

2) Pelukkan. Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan tubuh.

3) Penghargaan. Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati ;).

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sebuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.

5) Persefahaman. Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya.

6) Pergaulan. Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia!

7) Percutian. 'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjaaan ahli keluarga yang lain....nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :))

8) P yang terakhir ialah 'Permohonan' iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke 31.

Ustazah Bahiyah juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah...dan insyaAllah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan.

Semoga tips yang saya kongsi ini memberi manfaat kepada kita semua... 
I love my FAMILY and so do you rite? :))

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, November 1, 2010

Bulan baru.....azam baru....!

Salam semua.....
hari baru bulan baru....
positif..positif....positif....mulai hari ini saya berazam untuk berkongsi segala info dan maklumat berguna buat kita semua...kehidupan yg kita lalui akan jadi mudah sekiranya kita sentiasa berfikir positif dan sentiasa bersemangat melakukan tanggungjawab kita di muka bumi ini...tidak kiralah sebagai seorang pekerja, isteri, suami.....ibu...ayah...sebagai anak....sebagai rakyat Malaysia...atau dalam apa saja situasi...yang penting nawaitu...or niat kita dalam melakukan sesuatu perkara itu perlu betul & jelas.Nanti iza quote kan kata2 semangat utk tatapan & renungan kita semua ok.....!

Tetapi perkara yang paling penting ialah sentiasa berfikiran POSITIF! REMEMBER...ALWAYS BE +VE!!