Wednesday, March 3, 2010

Penjagaan Muka

Semua kaum hawa di muka bumi ini mahu cantik sentiasa....Tidak ada yang akan menafikannya...kecantikkan menambahkan keyakinan diri kita untuk berhadapan dengan orang di sekeliling kita samada berada di kalangan rakan taulan, pergaulan di tempat kerja dan kebahagiaan rumah tangga.

Kata orang dari mata turun ke hati. Bila tengok muka cantik hati jadi terpaut. Kata-kata yang keluar dari tuan punya muka semua jadi menarik dan bernas belaka. Perkara asas yang perlu dititik beratkan ialah penjagaan muka seharian. kalau tidur pun masih bermekap, muka tu kalau boleh berkata-kata pasti dah menjerit minta dicuci. Bila ada acara yang memerlukan diri cantik bergaya barulah risau dengan jerawat yang berkampung di muka kita. So....secara asasnya jangan lupa mencuci muka sekurang kurangnya 2 kali sehari iaitu ketika bangun tidur dan juga sebelum tidur.

pelbagai produk kecantikan berada di pasaran yang boleh kita pilih. Berdasarkan pengalaman saya, pencuci muka yang saya pakai baru masuk 2 bulan tempoh pemakaiannya sungguh berkesan. Nanti saya kongsi jenis & harga pencuci muka itu ok! Satu lagi tips penjagaan muka saya peroleh dari kakak ipar saya ialah dengan menggunakan buah tomato...Tidak susah, tomato cuma perlu dibelah dua dan diurutkan keliling muka...bagi mereka yang baru hendak mencuba pada awalnya akan rasa pedih sedikit dan gatal..selamat mencuba ya!

Satu lagi petua ialah dengan mengamalkan minum air kosong sejurus bangun tidur. Bagi yg beragama Islam, sertakan Selawat sebanyak 3x, insyaAllah pasti wajah awet muda....secara saintifiknya air itu penting utk badan kan? So....jangan malas-malas minum air kosong ye....bukan air 'bergas' yg byk gula tu! Kesihatan mesti jaga :)

Kecantikkan itu anugerah Tuhan, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan! :) Cukup perkongsian info dari saya. Nantikan tips/petua kecantikkan yang bakal dikongsi bersama di lain masa ya....Jaga kecantikan dan penampilan diri agar sentiasa disayangi oleh orang yang kita kasihi ;)...!

3 comments:

  1. silakan MissG....sharing is caring :)

    ReplyDelete
  2. Play the Emperor Casino | Shootercasino
    Enjoy the 바카라 사이트 game of fortune without leaving home! Enjoy an exclusive Casino bonus for 제왕카지노 everyone! Play slot machines online for free! Join and win with $25 No 온카지노 Deposit

    ReplyDelete