Friday, February 18, 2011

Bila perempuan cerita pasal B.O.L.A!


Assalamualaikum...
haha...ko dah kenapa nak citer pasal bola plak ni Izza? cukup2lah ko dok t'jerit2 time Game Man U tu...hehe...sama mcm lelaki jugak kan. Bila ada yg cenderung minat pada gubahan2 bunga atau masak memasak ni ada je yg pandang serong kan.Tapi tu semua kan minat masing2. Jangan perkecilkan! mcm Izza ni ha, walaupun mungkin mustahil utk bergelar football player, mungkin satu hari nanti bakal melahirkan anak2 yg akan mengharumkan nama negara de arena bola sepak betul tak!? hebat kan? hebat kan?! haha ;)

ha..taknak meleret-leret hari ni. Sebenarnya nak ingatkan kepada peminat bola sepak umumnya & juga peminat bola sepak M'sia khas nya jangan lupa saksikan pusingan kelayakan Olimpik Harimau Muda menentang Pakistan di Stadium Shah ALam,
23hb Februari ini.
Izza kat JB mustahil la nak ke Shah Alam tu kan semata-mata nak tgk bola tapi insyaAllah mesti booking TV kat rumah ni for that game! Aiqal anakku, no cartoon2 ha...all the best Harimau Muda! Doaku sentiasa mengiring anda semua. Teruskan kebangkitan kalian.Tak sabar nak tgk lepas ni siapa lagi bakal disambar oleh kelab2 luar negara...hebat sungguh!! Ingat 23hb ni ye! :)

Tuesday, February 15, 2011

Kami Rindu padamu Ya Rasullullah.....We love u so much too....

Kalau hari-hari kita perdengarkan lagu2 tekini lagu2 sensasi artis tempatan & luar sebagai halwa telinga kita...Apa kata hari ini sempena Maulidur Rasul, kita buat pengisian jiwa dengan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Jamulah jiwa kita dengan Video Klip ini ye! Ketenangan itu teman yang terindah lagi membahagiakan.♥

Monday, February 14, 2011

Sajak Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita tambahkan lagi rasa cinta & sayang kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sajak ini disamping mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang tiada tolok bandingannya. Segala puji bagiMu ya Allah....
بــسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ                              
Sajak Maulidur Rasul


oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.



Sumber :  Kawan Sejati

Sunday, February 13, 2011

Jom Main Klik2 Banner Heartbeat

Salam buat semua rakan bloggers yang Izza kasihi. Tujuan Izza menulis adalah untuk......hehehe rasa macam karang surat bebudak sekolah pulak. Well...Izza saje nak remind lagi kawan2 teruskan Klik2 banner Hearbeat Izza ye. Izza pun akan merajinkan diri blogwalking & klik2 banner you all. Kadang-kadang kalau rajin banner Mr Nuff pun Iza klik juga. Membantu tak ye? ;)

so korang silalah klik2 lagi kat bawah ni pun ada banner Hearbeat ni.



Sekali klik dah menyumbang 4sen dalam tabung saya..terima kasih ye! :) Kalau ada rakan baru yang join program ni selepas klik banner you all masuk pula RM2 dalam tabung you all...yippiee! :D Kepada yang 1st time tgk banner ni boleh la selak lagi entry Izza, Klik Sini tutorial berkenaan mendaftarkan diri dgn Hearbeat.my & menjana duit poket melalui HB!Affiliate ini ok!

Till then,  korang take care. Jumpa lagi kita di alam cyber ni ye...Jangan segan-segan tinggalkan jejak kerana Izza memang suka membalas kunjungan you all. Maklumlah sekarang ni tengah kemaruk klik banner Heartbeat...hehehe

p/s: jgn kedekut utk u click me i click u, sbb HB memang based on click2 yer..tak de isu fraud click! kalau 50 org klik your HB banner, dah dpt RM2 sehari, kalau sebulan RM2 X 30 days = RM60 kan...itu belum masuk kalau ada geng baru yang register under banner you all...tak ke muai tu...:) so rajin2lah klik banner rakan2 & sama2 menyumbang RM for each other okay! :)

Have a nice day ya! muaah

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Saturday, February 12, 2011

100 Bloggers Diperlukan

Salam rakan bloggers.....Izza dapat widget ni dari rakan blogger kita Saudara Yiedpozi...benda ni pun Geng Cik Kiah saya, Mama Syadiyah  recomment & paksa saya buat...hahaha..acah je. Tak paksa pun, ni pun Izza join ikhlas sebab nak memudahkan kerja blogwalking, nak klik2 banner kawan2 biar semua jadi jutawan IT..best kan...yeehaaa..

So korang kalau berminat nak tersenarai dalam 100 orang bloggers ni meh cepat2 selagi seat masih available untuk korang. Kalau lambat terpaksa la guna sistem yang ada, terkial2 cari nama, t'klik berulang-ulang & segala kepayahan yang terpaksa ditanggung. Dalam widget ni ada senarai bloggers dan bila korang klik je terus dengan magiknya semua blog dalam list tu akan keluar serentak. Wahhh jimat tenaga jari dah kat situ. Izza ada letak Widget color hitam merah ni kat sebelah kiri blog ni. Kalau tak jumpe cuba adjust 'power' cermin mata tu ye..hehe ;) tapi untuk menjimatkan power mata you all Izza bubuh je la kat bawah ni ha..
JOM JOIN!

Pastu kalau korang nak tolong bloggers dalam list tu.. klik la kat iklan Heartbeat diorang tu dan apa2 sahaja sumber pendapatan yang diorang letak kat blog tu. Hehehehe. Gitu la lebey kurang fungsinya Widget ni. So.. kalau korang nak join atau nak blog korang termasuk dalam widget ni boleh baca caranya di Cara Nak Join.

Pastu korang kena masukkan widget tu dalam blog korang. Widget tu boleh didapatkan di blogwalking widget code. Kemudian letakkan link ke topic "100 Bloggers Diperlukan" dalam blog korang tu sebagai comment kat link Cara Nak Join. tu jugak.

P/s: Sila pastikan blog anda tidak mempunyai widget lagu dan widget Widgeo! (Yang ni kalau nak query bleh ke kaunter pertanyaan encik tuan tanah Widget ni ok! Izza follower je :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, February 11, 2011

Nikmat Wanita Solehah

 Dikesempatan ini Izza nak share kenikmatan seorang wanita solehah yang bergelar ibu mahupun sebagai seorang isteri...Hati tergerak nak share dari entry Saudara Mohd Amirul tahun lepas. Pastu baru je layan entry 'Ciri-ciri Wanita Solehah' @ Qaseh Nilamsari buat Izza bersemangat untuk berkongsi di sini juga...Hayatilah kelebihan seorang wanita solehah.
  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang beri minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab   rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000  maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa     keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa, menutup aurat dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami  bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya selesaikan satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
 Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Wallahualam....

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Banyak yang Izza perlu perbaiki diri ini dan sentiasa cuba untuk dekatkan diri kepadaNYA..sungguh! Bukan nak jadi perasan baik dengan share entry yang berbentuk keagamaan macam ni tapi cuba untuk sebar-sebarkan kelebihannya agar kita semua berebut-rebut untuk mengecapinya. Jom sama-sama kita cuba untuk menjadi wanita yang terbaik ye!♥♥♥

Monday, February 7, 2011

Petua Hilangkan Mabuk Hamil

 

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama iaitu sehingga sekitar minggu ke 16 dan ada juga kes mabuk hamil/morning sickness ini berterusan sehingga saat melahirkan. Semoga ibu hamil sekalian tabah dengan dugaan ini ya...Semoga petua-petua di bawah dapat membantu anda mengatasi mabuk hamil ini.

 

Petua 1:

Bagi wanita hamil yang sedang mengalami alahan teruk, Dapatkan sebatang serai, dua inci kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan di dalam gelas berisi air panas. Tutup rapat. Minum apabila air tersebut sejuk sepenuhnya. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah, muntah dan loya akan beransur hilang. (sumber: Pa & Ma)

 

Petua 2:

Untuk mengatasi mabuk hamil, anda minumlah air suam, jangan sesekali minum air yg berlemak seperti susu dan kacang soya, makan asam dgn kuantiti yg sedikit2 dan biskut keras satu jam sekali insyaAllah boleh mengatasi masalah ini. (sumber: buku 'Rahsia, Petua dan Rawatan Semasa Hamil dan Dalam Pantang')


Petua 3:

Petua ke 3 ini seakan sama dengan petua pertama, cuma ia ditambah beberapa bahan lain & lebih rasa manis & mesra tekak :). Rendam seinci halia, sebatang serai, 2 kuntum bunga cengkih, kulit kayu manis dan seketul gula batu di dalam segelas air mendidih. Tutup dan biarkan semalaman. Amalkan minum pada waktu pagi dan malam, insyaAllah rasa loya/mual dapat dikurangkan. (Sumber: Blog Petua Lama) 

 

Petua 4:

Buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan sakit kepala atau migrain. Kepada mereka yang berada di kawasan Utara mungkin agak mudah untuk memperolehi Buah Pala ini. Bagi mereka yang berada di kawasan Selatan/Johor agak sukar sedikit. 

 

Petua 5: 

Amalkan minum sesudu teh madu di sebelah pagi, dan sesudu di waktu malam (optional). Ambil semasa perut kosong. pastikan anda tidak mengambil apa-apa minuman atau makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk (sumber: Blog Laman Seri).

Selamat Mencuba & take care!

 


 

Saturday, February 5, 2011

Petua Memudahkan Ibu Bersalin

Setiap ibu yang hamil tentu berharap mereka akan dapat melahirkan bayi mereka dengan mudah dan selamat, apabila tiba waktu untuk bersalin..itu sudah semestinya kan! :) Di sini saya ingin berkongsi petua yg diperolehi dari orang tua-tua dan yang terbaru dari pembacaan saya dalam buku bertajuk Rahsia, Petua & Rawatan Semasa Hamil & Dalam Pantang ~Puan Amina Haji Noor. Untuk mengatasi masalah ini, sebagai ibu anda janganlah berasa bimbang kerana petua tradisional ini (disamping doa yang kita amalkan seharian) mungkin boleh membantu anda untuk melahirkan bayi dengan mudah dan selamat.

Apabila kandungan mencapai usia enam bulan ke atas, anda usahakanlah minum minyak kelapa. Menurut bidan kampung, dengan meminum minyak kelapa asli boleh memudahkan ibu bersalin. Selain dari itu minum air kelapa juga memudahkan ibu bersalin (amalkan setelah usia kandungan mencecah 8 bulan ke atas).

Cara Menyediakan Minyak Kelapa :

Sediakan kelapa tua beberapa biji, parut dan ambil santannya, setelah itu masaklah sehingga mengeluarkan minyak. Simpan minyak itu di dalam botol setelah disejukkan. Minyak ini perlu diminum apabila usia kandungan mencecah enam bulan. Usahakan minum minyak kelapa ini satu sudu teh tiga kali seminggu, sehingga kandungan anda sembilan bulan. InsyaAllah anda akan mudah melahirkan anak disamping amalan doa.

Semoga anda selamat melahirkan bayi yang sihat & si ibu juga dalam keadaan sihat hendakNya..Amin..